Tuesday, 24 July 2012

EDP dan EDT




EDP adalah minyak wangi yang mempunyai kepekatan campuran sekitar 8-15%.

EDP mempunyai ketahanan antara 8 hingga 24jam. Ada juga yang mampu bertahan lebih daripada 3hari. Ianya sesuai digunakan untuk ke majlis formal atau makan malam.

EDT  ialah minyak wangi yang mempunyai kepekatan sekitar 4-8%. Ianya sesuai digunakan untuk kegunaan harian seperti ke pejabat.

Harganya hampir sama dengan EDP dan berketahanan 6-8 jam selepas semburan. Ianya sama seperti EDP dalam segala aspek kecuali pada tahap kepekatan minyak wangi tersebut. Minyak wangi ini baunya lebih ringan dan EDP pula lebih pekat.

Tahap ketahanan minyak wangi tidak bergantung kepada kepekatan semata-mata. Ianya bergantung kepada gred minyak wangi tersebut. Semakin tinggi gred minyak wangi tersebut semakin lama minyak wangi itu bertahan.

Secara umum EDP bertahan lebih lama daripada EDT kerana ianya lebih pekat. Tetapi tahap ketahanan antara EDP dan EDT hampir sama bagi gred minyak wangi yang sama.

Kerana itulah lazimnya apabila anda pergi ke tempat minyak wangi mereka akan mengatakan EDP bertahan lebih lama berbanding EDT sedangkan tahap ketahanan hampir sama kecuali sedikit sahaja.

Dengan penjelasan ini, diharap anda dapat membezakan jenis minyak wangi dan ketahanan minyak wangi.

Tip memakai minyak wangi.




Apabila anda memakai minyak wangi, semburkan ia pada nadi anda seperti di lengan anda, leher anda belakang lutut anda, ketiak anda dan sebagainya.

Jangan gosok nadi anda antara satu sama lain seperti apabila anda calit pada tangan kiri, anda gosokkan ia dengan tangan kanan kerana ia akan menghilangkan bau minyak wangi tersebut.

Semburkan minyak wangi ke udara dan anda berjalan pada arah semburan tersebut. Ia akan membantu minyak wangi tersebut bersatu dengan bau badan anda.

Jangan semburkan minyak wangi terus pada leher anda. Sebaiknya panaskan badan anda kerana bau minyak wangi akan lebih menyerlah bersama dengan suhu badan anda. Letakkan sedikit minyak wangi pada baju dalam anda/ bra kerana ianya akan menyerap masuk ke dalam kapas pada bra tersebut.

Jenis minyak wangi yang sesuai mengikut situasi.


Tahukah anda bahawa setiap minyak wangi mempunyai jenis mereka yang tersendiri. Anda perlu mengetahui jenis apa yang sesuai dengan diri anda untuk dipakai oleh anda ketika anda berada di pejabat atau ketika anda berada di majlis formal.

EDP atau Eau De Parfum biasanya dipakai di majlis-majlis formal seperti majlis tari-menari dan juga dipakai ketika anda berada dalam majlis perkahwinan atau anda sendiri merupakan seorang pengantin.

EDP akan melahirkan sifat sensual dan feminin bagi orang perempuan. Ini sekaligus membuatkan kaum Adam berasa sangat tertarik pada anda.

Bagi lelaki pula, ianya akan memberikan rasa keyakinan yang tinggi kepada lelaki tersebut sehingga menyebabkan lelaki tersebut nampak gah serta bergaya.

EDT atau Eau De Toilette pula biasanya dipakai di kawasan pejabat atau ketika anda mahu keluar rumah seperti ke pasar atau ke shopping mall. Baunya yang lembut menyebabkan ianya sesuai dipakai di pejabat dan ketika di luar rumah. Ia juga lebih manis dan lebih menyenangkan.

Tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu lembut. Hanya sederhana. Dengan tips ini, anda bolehlah memilih minyak wangi yang sesuai dengan diri anda dan menggunakannya sesuai dengan situasi yang anda hadapi.

Bagaimana untuk membuat minyak wangi tahan lama?

Rahsia untuk minyak wangi tahan lama ialah "pelapisan minyak wangi". Lapiskan bau minyak wangi anda dengan pelbagai bentik atau jenis minyak wangi yang sama seperti sabin, minyak mandi, gel,losyen krim,bedak dan minyak wangi itu sendiri.

Setiap satunya akan saling menguatkan antara satu sama lain malah kadang kala ia meningkat sehingga 3-4 kali ganda ketahanan minyak wangi anda.

Pelapisan atau "fragrance dressing" adalah satu cara yang baik bukan sahaja untuk ketahanan minyak wangi malah untuk mengurangkan bau minyak wangi yang terlalu kuat untuk penggunaan seharian.

Kaedah kedua ialah dengan meletakkan minyak wangi anda di tempat yang sejuk seperti peti ais kerana minyak wangi akan bertahan lebih lama dan baunya akan lebih kuat pada tempat bersuhu 3-7 darjah celcius.
 

Dengan tips ini, saya berharap anda dapat memanfaatkan sepenuhnya dan bergembira bersama minyak wangi anda dan dengan orang yang tersayang.

Sunday, 22 July 2012

Macam mana nak simpan minyak wangi?




Saya berasa sangat terkejut apabila mendapati bahawa ramai orang tidak mengetahui bagaimana cara menyimpan minyak wangi dengan betul. Ini menyebabkan minyak wangi mereka kehilangan bau dengan cepat dan tidak tahan lama.

Bukan itu sahaja, malah sesetengah minyak wangi yang berkualiti tinggi kadang-kadang boleh bertukar bau akibat cara menyimpan minyak wangi yang salah.

Oleh itu pada hari ini saya akan berkongsi cara-cara menyimpan minyak wangi dengan betul.

Pertama, letakkan minyak wangi anda di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada sinaran matahari dan letakkan jauh daripada sumber panas seperti radiator. Kepanasan melampau dan kesejukan melampau akan menghilangkan keseimbangan minyak dan mengubah baunya.

Sebaik sahaja botol minyak wangi dibuka, gunakannya. Satu semburan akan mengeluarkan udara daripada botol dan minyak wangi akan lambat pudar dan menyejat dengan penutup tetapi minyak wangi paling tinggi kualiti juga akan hilang secara beransur-ansur dengan masa.

Jika anda berminat dengan minyak wangi yang mempunyai kaitan dengan musim, adalah lebih baik jika anda memiliki minyak wangi bagi musim luruh dengan minyak wangi musim luruh dan begitu juga sebaliknya.

Diharap dengan tips ini anda dapat menggunakan minyak wangi anda dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Bagaimana mengubah mood anda dengan minyak wangi?


 www.perfumeheaven2u.com

Tahukah anda bahawa minyak wangi mampu mengubah mood anda. Dengan kehidupan kita yang serba moden dan semuanya nak pantas, kadang-kadang kita kehilangan hala tuju hidup kita dam tidak tahu nak buat apa.

Keadaan ini menyebabkan kita mudah berasa gemuruh dan cepat marah. Kadang-kadang ianya tidak terkawal sehingga ianya menyebabkan orang lain menjadi mangsa.

Dengan penggunaan minyak wangi yang betul, anda mampu mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. Ini kerana menurut kajian, minyak wangi mampu menstabilkan perasaan seseorang terutamanya kaum wanita.

Ini kerana perempuan mempunyai deria bau yang jauh lebih sensitif berbanding lelaki dan mereka juga mempunyai kaitan emosi yang jauh lebih kuat terhadap bau berbanding lelaki.

Sebab itulah, kadang-kadang perempuan boleh jatuh cinta kepada seseorang hanya dengan bau. Ini mungkin terjadi kerana bau tersebut mengaitkan memorinya terhadap peristiwa indah yang pernah berlaku dalam hidup dia.

Ini menyebabkan setiap kali dia terbau bauan itu, dia berasa gembira dan akhirnya ia jatuh cinta. Dengan konsep yang sama, anda juga boleh mengubah mood anda dengan minyak wangi.

Antara bau yang sering digunakan untuk menenangkan hati ialah lavender, jasmin, bunga ros dan oren. Saya berharap dengan pos ini, anda dapat memilih minyak wangi yang sesuai dengan diri anda.

Thursday, 19 July 2012

Kenapa kadang-kadang minyak wangi yang kita pakai tidak bertahan lama?


Perasan tak kadang-kadang masa kita pakai minyak wangi, bau dia cepat sangat hilang malah kadang kala bau juga berubah. 

Malangnya, ini terjadi kerana tindak balas kimia pada badan kita kadang-kadang membuatkan minyak wangi jauh lebih cepat tersejat berbanding biasa menyebabkan bau dia cepat hilang. Dalam erti kata lain, kulit anda menendang keluar bau minyak wangi tersebut. 

Daripada eau de toilette boleh bertahan sehingga 3-4 jam, ia hilang dalam masa sejam sahaja. Kadar hilang bau meningkat sehingga 3 kadang kala 4 kali ganda. Malah dalam sesetengah kes, ia hilang dalam masa kurang daripada sejam. 

Ini berlaku kerana kulit kita menghasilkan asid untuk membunuh kuman. Asid yang sama juga menghilangkan bau minyak wangi yang melekat pada badan anda. Tapi perkara ini tidak berlaku kepada semua orang.

Ini kerana kadar asid yang terdapat pada badan seseorang berbeza mengikut pemakanan, genetic dan gaya hidup. Sebagai contoh, anda bekerja sebagai buruh. Anda akan mengeluarkan banyak peluh. 

Peluh itu akan menambahkan lagi kandungan asid pada kulit anda. Tetapi jika anda bekerja di pejabat, bau itu boleh bertahan lebih lama. Kerana anda duduk di dalam ofis yang berhawa dingin. 

Bagaimana untuk anda mengetahui bahawa kandungan asid pada badan anda melebihi daripada biasa? Caranya ialah dengan menjilat pergelangan tangan anda. Adakah anda berasa sedikit tajam dan pedas? 

Itulah petanda kulit anda mengandungi kandungan asid yang tinggi. Dan semakin tinggi kandungan asid, semakin tinggi kadar kulit anda menghilangkan malah mengubah bau minyak wangi anda. 

Ubat-ubatan juga boleh mengubah keseimbangan bahan kimia dalam badan anda. Diet kurang lemak, stress, makanan pedas, makanan segera semuanya mempengaruhi suhu badan kita dan menjadi pemangkin pada kulit kita untuk menghilangkan bau minyak wangi kita pakai. 

Malah, jika kulit anda kering dan anda juga mengandung, anda akan dapati minyak wangi jauh lebih cepat hilang berbanding biasa sehingga menyebabkan ramai yang mengadu tentang kenapa minyak wangi mereka cepat hilang baunya.

Penyelesaiannya? Letakkan satu lapisan losyen diantara kulit anda dan minyak wangi anda. Lapisan itu akan menyebabkan minyak wangi akan kekal lebih lama. Ia juga akan memperlahankan kadar kehilangan tersebut.

Sebaik-baiknya anda menggunakan losyen yang mempunyai bau yang sama dengan minyak wangi anda. Ini akan menyebabkan bau yang berganda dan meningkatkan lagi kadar ketahanan minyak wangi anda.

Penyelesaian kedua? Gunakan minyak mandi yang sama dengan bau minyak wangi anda atau menghampiri bau minyak wangi anda.

Selepas mandi ketika kulit anda sedang kering tetapi masih suam daripada air mandi anda, letakkan minyak mandi yang sama baunya dengan minyak wangi anda pada bahagian nadi anda. Kemudian, sembur minyak wangi pada tempat yang sama.

Dengan tips ini, saya berharap anda dapat menggunakan minyak wangi anda dengan sempurna dan menikmati hidup anda dengan penuh ceria.