Wednesday 18 July 2012

Minyak wangi dan personaliti.



Setiap manusia mempunyai keinginan yang berbeza. Begitu juga saya dan anda. Kita berdua mempunyai citarasa dan imoian yang berbeza. Latar belakang yang berbeza dan gaya hidup yang berbeza. Ini yang menyebabkan setiap seorang daripada diri kita ini unik di antara satu sama dan lain.

Begitu juga minyak wangi. Mereka mempunyai jenis mereka yang tersendiri dan mereka juga mempunyai peminat mereka tersendiri. Setiap minyak wangi menggambarkan ciri si pemakai yang memakainya,

Ini kerana minyak wangi merupakan lambang seseorang terhadap orang lain dan bagaimana pendapatnya terhadap diri sendiri.

Bau yang kuat menggambarkan dia merupakan seorang yang sangat agresif dan kuat semangat pada masa yang sama, mudah menangis.

Bau yang lembut menggambarkan seorang yang sukakan ketenangan.

Bau yang sederhana menunjukkan dia merupakan seorang yang sangat misteri.

Pelbagai pandangan dan pendapat yang berbeza berkaitan dengan hal ini. Yang penting, anda seronok dengan diri anda dan menjaga diri anda dengan baik.

Kenapa minyak wangi bau sedap dengan kawan saya tapi bila saya pakai langsung tak bau apa-apa?




Pernahkah anda terfikir kenapa kawan anda mempunyai bau badan yang sedap apabila disembur dengan minyak wangi tertentu sedangkan bila anda memakai minyak wangi yang sama, langsung tidak ada bau malah kadang-kala baunya begitu teruk sehingga orang menjauhkan diri dari anda tanpa anda sedari.

Ini terjadi kerana setiap daripada kita mempunyai cap jari bau tersendiri yang akan mempengaruhi bau minyak wangi tersebut. Bau yang unik ini adalah terhasil daripada genetik, sebatian kimia dalam kulit, pemakanan, stress level serta suhu pada badan kita.
Ramai yang mengatakan bau minyak wangi berubah hanya semata-mata disebabkan sebatian kimia dalam kulit kita. Ini sama sekali tidak benar.

Sebenarnya yang benar-benar mempengaruhi bau minyak wangi ialah suhu pada badan kita. Ada sesetengah orang yang mempunyai liang roma yang jauh lebih besar dan banyak. Dan ini mempengaruhi bau minyak wangi yang kita pakai.

Kita semua adalah sama sehinggalah kita memakai minyak wangi.