Sunday 22 July 2012

Macam mana nak simpan minyak wangi?




Saya berasa sangat terkejut apabila mendapati bahawa ramai orang tidak mengetahui bagaimana cara menyimpan minyak wangi dengan betul. Ini menyebabkan minyak wangi mereka kehilangan bau dengan cepat dan tidak tahan lama.

Bukan itu sahaja, malah sesetengah minyak wangi yang berkualiti tinggi kadang-kadang boleh bertukar bau akibat cara menyimpan minyak wangi yang salah.

Oleh itu pada hari ini saya akan berkongsi cara-cara menyimpan minyak wangi dengan betul.

Pertama, letakkan minyak wangi anda di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada sinaran matahari dan letakkan jauh daripada sumber panas seperti radiator. Kepanasan melampau dan kesejukan melampau akan menghilangkan keseimbangan minyak dan mengubah baunya.

Sebaik sahaja botol minyak wangi dibuka, gunakannya. Satu semburan akan mengeluarkan udara daripada botol dan minyak wangi akan lambat pudar dan menyejat dengan penutup tetapi minyak wangi paling tinggi kualiti juga akan hilang secara beransur-ansur dengan masa.

Jika anda berminat dengan minyak wangi yang mempunyai kaitan dengan musim, adalah lebih baik jika anda memiliki minyak wangi bagi musim luruh dengan minyak wangi musim luruh dan begitu juga sebaliknya.

Diharap dengan tips ini anda dapat menggunakan minyak wangi anda dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Bagaimana mengubah mood anda dengan minyak wangi?


 www.perfumeheaven2u.com

Tahukah anda bahawa minyak wangi mampu mengubah mood anda. Dengan kehidupan kita yang serba moden dan semuanya nak pantas, kadang-kadang kita kehilangan hala tuju hidup kita dam tidak tahu nak buat apa.

Keadaan ini menyebabkan kita mudah berasa gemuruh dan cepat marah. Kadang-kadang ianya tidak terkawal sehingga ianya menyebabkan orang lain menjadi mangsa.

Dengan penggunaan minyak wangi yang betul, anda mampu mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. Ini kerana menurut kajian, minyak wangi mampu menstabilkan perasaan seseorang terutamanya kaum wanita.

Ini kerana perempuan mempunyai deria bau yang jauh lebih sensitif berbanding lelaki dan mereka juga mempunyai kaitan emosi yang jauh lebih kuat terhadap bau berbanding lelaki.

Sebab itulah, kadang-kadang perempuan boleh jatuh cinta kepada seseorang hanya dengan bau. Ini mungkin terjadi kerana bau tersebut mengaitkan memorinya terhadap peristiwa indah yang pernah berlaku dalam hidup dia.

Ini menyebabkan setiap kali dia terbau bauan itu, dia berasa gembira dan akhirnya ia jatuh cinta. Dengan konsep yang sama, anda juga boleh mengubah mood anda dengan minyak wangi.

Antara bau yang sering digunakan untuk menenangkan hati ialah lavender, jasmin, bunga ros dan oren. Saya berharap dengan pos ini, anda dapat memilih minyak wangi yang sesuai dengan diri anda.