Tuesday 17 July 2012

Kenapa minyak wangi yang saya cuba di kedai bau dia lain bila saya pakai kat rumah?



Saya pasti anda pernah mengalami satu keadaan dimana anda memakai dan mencuba minyak wangi di kedai seperti Parkson sebagai contoh. Kemudian bila anda pulang ke rumah,anda mendapati baunya berbeza dengan apa yang anda harapkan.

Anda berasa marah dan tidak puas hati. Anda datang ke kedai dan meminta untuk menukar minyak wangi anda.
 Sekali lagi apabila anda menukar minyak wangi anda, anda mendapati baunya masih lagi berbeza. Kenapa ini terjadi ?

Bau minyak wangi bergantung kepada dimana anda memakainya. Ini kerana minyak wangi sangat dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti cuaca, suhu dan kimia dalam badan manusia. 

Salah satu sebab yang lazim yang menyebabkan perubahan bau minyak wangi adalah disebabkan penghawa dingin. Ini kerana bau minyak wangi paling ideal di kawasan yang dingin dan sejuk.

Sebab itulah kalau anda pakai di pejabat, bau minyak wangi anda jauh lebih sedap dan tahan lebih lama berbanding anda berada di luar.

Sebab kedua ialah untuk minyak wangi benar-benar mengeluarkan baunya, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 5 minit selepas semburan barulah anda menghidu bau minyak wangi yang anda baru sembur.

Tetapi, kita lazimnya tidak mempunyai masa sebanyak itu untuk menghidu setiap satu minyak wangi. Sebab itulah sebaik sahaja semburan, kita terus ambil minyak wangi tersebut kemudian terus membayarnya. Kerana itulah bau yang kita sembur dan bau sebenar adalah berbeza daripada apa yang kita sangka.

Dengan info ini, saya berharap anda dapat menggunakan minyak wangi dengan hati yang lebih tenang dan memahami kenapa minyak wangi boleh berbeza baunya ketika anda pakai di kedai atau ketika anda pakai di pejabat.


Minyak wangi sebagai minyak PENGASIH!! Betul ke!!!!



Ramai mengatakan bahawa minyak wangi boleh dikatakan sebagai minyak pengasih kerana ia boleh merangsang sesetengah hormon dalam badan manusia untuk membangkitkan tenaga seksual dan aura.

Bau memang mampu membuatkan anda berasa seksi tetapi tiada maklumat saintifik yang menyokong pandangan ini.

Yang pasti, minyak wangi memang berkait dengan seksualiti kita dan sesetengah pakar percaya hormon yang keluar daripada ketiak dan liang roma kita mempunyai kesan yang sama sepertimana haiwan memikat pasangannya.

Yang pasti, rasa keyakinan yang terhasil akibat minyak wangi serta hormon yang terjana bersamanya mampu menjadi daya penarik yang sangat kuat.

www.perfumeheaven2u.com
twitter : @perfumeheaven2u

"Kuatnya bau minyak wangi kau?"


Pernahkah anda pergi ke kelas atau ke tempat kerja dan kawan anda berkata "Kuatnya minyak wangi kau?".

Anda mesti tertanya-tanya dalam diri anda "Kuat sangat ke aku pakai minyak wangi. Setahu aku aku pakai sikit jer."

Berita baik untuk anda. Bukan anda seorang jer menghadapi masalah ini. Semua orang yang memakai minyak wangi menghadapi masalah yang sama.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan bertanya kawan anda. Ini kerana kadang-kadang kita tidak dapat bau minyak wangi yang kita pakai kerana hidung kita telah "terbiasa" dengan bau itu menyebabkan kita sukar untuk membezakan bau minyak wangi tersebut.

Tanya kawan anda. Jika anda sering mendapat pujian daripada rakan anda, ini bermakna anda memakai minyak wangi yang tepat untuk diri anda. Sesuai dengan keadaan badan anda dan kulit anda serta sesuai dengan diri anda.

Tetapi, jika ada orang bertanya tentang minyak wangi anda tetapi mereka tidak memberikan sebarang komen, ini bermakna mereka mungkin ingin memberitahu anda bahawa minyak wangi yang anda pakai tidak sesuai atau berbau busuk dengan anda atau mereka tidak mahu membeli minyak wangi yang anda pakai kerana kesannya kepada anda.

www.perfumeheaven2u.com

RAHSIA UNTUK KEKALKAN BAU PERFUME ANDA.


RAHSIA UNTUK KEKALKAN BAU PERFUME ANDA.



Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengekalkan bau perfume. Rahsianya hanyalah satu. Mengenali jenis kulit anda. Kulit anda merupakan agen yang paling penting dalam menguatkan lagi bau perfume anda.

Jika kulit anda berminyak, lazimnya bau perfume akan jauh lebih kuat daripada biasa tetapi ianya juga jauh lebih cepat hilang berbanding orang yang berkulit kering.

Saranan bagi orang yang mempunyai kulit seperti ini ialah membeli perfume yang boleh dibawa kemana-mana supaya seandainya bau itu hilang anda boleh menyeburnya lagi.

Orang yang berkulit kering pula mengalami masalah bau tidak melekat atau kurang kuat. Ini disebabkan kulit mereka tidak mampu menahan bau tersebut daripada hilang dan tidak mampu menyerlahkan lagi bau tersebut. Saranannya adalah dengan memakai bau minyak wangi EDP yang lebih kuat.

Suhu badan juga memainkan peranan penting dalam menguatkan lagi bau perfume anda. Semakin tinggi suhu badan, semakin menyerlah bau perfume anda. Tetapi pada masa yang sama, perfume akan cepat tersejat. Saranannya ialah memakai krim supaya perfume tidak terlalu  kuat baunya dan pada masa yang sama kekal lama.

Saya berharap dengan saranan-saranan ini anda dapat memanfaatkan sepenuhnya perfume anda.

Halal dan Haram

Halal dan Haram

 

Halal dan Haram Minyak Wangi, Arak dan Alkohol. 

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

· Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
----------------------------------
Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan. -----------------------------

Kesimpulan
----------
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)

Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.

Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah. Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah najis. Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang ada pada benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?

Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir juga, nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.

Sekian adanya. Wallahu a'lam.



Alkohol Menurut Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
     
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
     
  4. Tapai halal dimakan.
     
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
     
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Keputusan (English): 
Alcohol From Islamic Point of View

Decision:

The 7th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 11th -12th April 1984 has discussed alcohol from Islamic point of view. The Committee has decided that:
1. All liquor contains alcohol, but not all alcohol is liquor. Alcohol produced from liquor process is regarded as najis (ritually impure) but not alcohol produced from other than liquor process. Both types however are prohibited to be consumed.
2. Soft drink produced in the same way of liquor production and contains either little amount of alcohol or the alcohol has been distilled is prohibited to be consumed

3. Soft drink produced not to become liquor or intoxicants item and produced not in the same process of liquor is lawful
4. Tapai (fermented rice) is lawful to be eaten
5. Alcohol produced as by product in food process is not najis and can be consumed
6. Medicines and fragrances containing alcohol are lawful

source: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-menurut-pandangan-islam 

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan 

Keputusan:

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalahharus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadiseperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkandan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarutadalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Source: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan