Tuesday 17 July 2012

Kenapa minyak wangi yang saya cuba di kedai bau dia lain bila saya pakai kat rumah?



Saya pasti anda pernah mengalami satu keadaan dimana anda memakai dan mencuba minyak wangi di kedai seperti Parkson sebagai contoh. Kemudian bila anda pulang ke rumah,anda mendapati baunya berbeza dengan apa yang anda harapkan.

Anda berasa marah dan tidak puas hati. Anda datang ke kedai dan meminta untuk menukar minyak wangi anda.
 Sekali lagi apabila anda menukar minyak wangi anda, anda mendapati baunya masih lagi berbeza. Kenapa ini terjadi ?

Bau minyak wangi bergantung kepada dimana anda memakainya. Ini kerana minyak wangi sangat dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti cuaca, suhu dan kimia dalam badan manusia. 

Salah satu sebab yang lazim yang menyebabkan perubahan bau minyak wangi adalah disebabkan penghawa dingin. Ini kerana bau minyak wangi paling ideal di kawasan yang dingin dan sejuk.

Sebab itulah kalau anda pakai di pejabat, bau minyak wangi anda jauh lebih sedap dan tahan lebih lama berbanding anda berada di luar.

Sebab kedua ialah untuk minyak wangi benar-benar mengeluarkan baunya, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 5 minit selepas semburan barulah anda menghidu bau minyak wangi yang anda baru sembur.

Tetapi, kita lazimnya tidak mempunyai masa sebanyak itu untuk menghidu setiap satu minyak wangi. Sebab itulah sebaik sahaja semburan, kita terus ambil minyak wangi tersebut kemudian terus membayarnya. Kerana itulah bau yang kita sembur dan bau sebenar adalah berbeza daripada apa yang kita sangka.

Dengan info ini, saya berharap anda dapat menggunakan minyak wangi dengan hati yang lebih tenang dan memahami kenapa minyak wangi boleh berbeza baunya ketika anda pakai di kedai atau ketika anda pakai di pejabat.


No comments:

Post a Comment